Perkhidmatan Serahan Tingkap

Perkhidmatan Serahan Tingkap adalah perkhidmatan serahan melalui wakil-wakil yang dilantik secara sah di kampus untuk menerima barangan serta item pelajar serta warga kampus. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pelanggan (pelajar atau warga UiTM Kampus Puncak Alam) perlu mendaftar dahulu: e-Daftar.


  • Non-Register - Pelanggan yang tidak mendaftar sebagai pengguna laman sesawang UniStorage UiTM Kampus Puncak Alam;
  • Register - Pelanggan mendaftar di laman sesawang UniStorage UiTM Kampus Puncak Alam;
  • Pre-Alert 2 - Pesanan Pemberitahuan Notifikasi kali-2 kepada pelanggan, sekiranya pelanggan tidak menuntut item selama 7 hari bekerja;
  • Pre-Alert 3 - Pesanan Pemberitahuan Notifikasi kali-3 kepada pelanggan, sekiranya pelanggan tidak menuntut item selama 14 hari bekerja;
  • Pejabat Surat Mati (DLO) - Pejabat ini memproses item-item yang gagal diserah / Tidak Dituntut dan lain-lain sebab kegagalan serahan kepada Return-to-Sender. Sekiranya, pengirim enggan menerimanya atau gagal membayar kos penghantaran semula, maka item ini dianggap sebagai item Pejabat Surat Mati (DLO). Walaubagaimanapun, dalam proses 31 hari, pengirim atau penerima item boleh menuntut semula item tersebut dengan mengajukan permohonan melalui Contact us.


Bagi pelanggan berdaftar, boleh menggunakan perkhidmatan serahan 'Cash-on-Delivery' (COD) bagi mana-mana wakil serahan kepada Penerimaan Serahan Tingkap UniStorage UiTM Kampus Puncak Alam dengan syarat:-

  1. Pelanggan perlu menyediakan bayaran item (COD) yang mencukupi kepada kaunter UniStorage sehari awal sebelum serahan dilakukan kepada pihak UniStorage;
  2. Caj bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM2.00 setiap item yang diterima;
  3. Pemberitahuan Pesanan Notifikasi akan dimaklumkan kepada pelanggan sekiranya item berjaya diterima oleh pihak UniStorage, dan pelanggan boleh mengambilnya di kaunter UniStorage;




There are no products to list in this category.